Sunday 31 May 2015

Biskut Kacang/Mazola



  • Biskut Kacang/Mazola
  • Bahan-bahan( +- 100 keping )
  • 1 cawan rata gula icing(130g) @ jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan(110g)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum(250g)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • *semua bahan di atas diayak bersama.
  • 1 cawan membukit kacang tanah kisar.(disangri, dibuang kulit, dikisar baru disukat)
  • minyak mazola @ minyak jagung secukupnya
  • lebihan kacang tanah sangai td & kuning telur utk sapu.

Cara-cara:
  1. Campur rata kacang tanah kisar(akk suka kisar agak kasar sikit, supaya krupkrap) bersama bahan2 yg diayak tadi.
  2. Uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan boleh diterap.
  3. Gelek doh antara 2 plastik, terap dengan acuan yg digemari(celup dalam tepung acuan sebelum menerap supaya lekang). susun dlm dulang bersapu majerin dan letakkan 1/2 biji kacang tanah yg dah disangrai td.
  4. Sapu kuning telur atas biskut termasuklah sang kacang tu.. bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven msing2.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 27 May 2015

Ayam Masak Serai


Ayam Masak Serai

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit-untuk lumur ayam
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa 
Bahan untuk di kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:

  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.Perasakan dengan garam,serbuk perasa dan sedikit gula.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 25 May 2015

Biskut Coklat Mocha / Mocha Chocolate Cookies

Biskut yang menggunakan putih telur.Kalau ada lebihan putih telur bolehlah cuba buat biskut ni.Biskut yang ringan,rangup  dan sangat sedap. 

Biskut Coklat Mocha/Mocha Chocolate Cookies
Sumber : Citarawan

Bahan A
  • 200gm mentega
  • 50gm shortening
  • 150gm gula perang1/2 sudu besar mocha emulco 

Bahan B

  • 40gm putih telur

Bahan C(diayak bersama)

  • 340gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplek (serbuk perangup)
  • 10gm serbuk koko

Hiasan: Coklat chips 

Cara-cara :
1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang.  Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati
2. Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan 2 jam atau lebih.
3. Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan nozzle bergerigi 866 dan tekan bentuk bunga diatas dulang pembakar.  Hias dengan coklat chips di tengahnya.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 23 May 2015

Biskut Untaian Kasih / Landak


Biskut Untaian Kasih / Landak
Sumber:Biskut Untaian FB Haida Rifqi

Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 110gm gula aising (1 cawan)
  • 1 biji kuning telur
  • 170gm tepung jagung (1 1/2 cawan atau 2 cawan untuk lebih gebu)
  • 330gm tepung gandum (3 cawan) 
  • Nozzle 866 atau 4T 
  • Hiasan :  Colour star secukupnya
Cara-cara :
1.  Krimkan mentega dan gula aising dengan senduk kayu hingga rata, kemudian masukkan kuning telur.  Kacau sebati.
2.  Masukan kedua tepung yang di ayak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit mengikut bentuk yang di sukai.  Hias dengan colour star.
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C di rak tengah selama 20-25 minit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...