Friday 31 October 2014

Cucur Kembong Manis

Cucur Kembong Manis
Sumber:Fb Mai Zura

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas-yang betul2 panas
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Gaul semua bahan-bahan dengan senduk kayu,kalau dah kurang panas boleh gunakan tangan.
  2. Adunan akan menjadi seperti doh(macam buat kuih keria) dan melekat di tangan
  3. Masa nak goreng,celup sedikit tangan dalam air.kepal adunan bagi bulat2 dan goreng hingga kekuningan. 
*Masa dalam kuali bila nampak kuih boleh di terbalikkan,selalulah kacau kuih ni(kaup balik guna sudip)nanti kuih akan cantik bulatnya.   

Selamat Mencuba

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 28 October 2014

Biskut Samperit

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Biskut samperit yang sedap dan cair di mulut.Buat untuk raya haji baru-baru ni.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi order dari sis. Terima kasih juga kepada penyumbang resepi Azlita Masam Manis kerana sudi berkongsi  resepi biskut samperit yang enak ni.Kepada yang berminat bolehlah mencuba biskut yang sedap dan bahan2nya pun tak banyak. 




BISKUT SEMPERIT
  • 250 gm butter
  • 150 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur 
  • 250 gm tepung red rose-sis guna tepung gandum
  • 150 gm tepung kastard 
  • 30 gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • manik gula sebagai hiasan
  • Sedikit pewarna kuning-sis tambah
Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
  2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
  4. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
  5. Panaskan oven pada suhu 170C,Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
  6. Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang.Buat dalam 2.5 cm panjang 
  7. Hiaskan dengan manik gula,Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
  8. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 26 October 2014

Tempe Goreng Rangup

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog SNH...masih ada ke yang sudi singgah sebab blog ni dah lama tak bersiaran.Terus pada tajuk...kepada peminat tempe jom la cuba menu ringkas yang sesuai sangat untuk minum petang.Tempe goreng ni sedap di cicah dengan sambal kicap.Resepi sambal kicap di SINI.
Selamat Mencuba.
Tempe Goreng Rangup

Bahan-bahan:

  • 5-6 keping tempe-sis guna yang balut dlm daun pisang
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 2 sudu ketumbar-tumbuk halus
  • 1 sudu  jintan manis-tumbuk halus
  • 1 sudu jintan putih-tumbuk halus
  • 1 sudu kecil serbuk cili-boleh tambah klu suka pedas
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa-secukup rasa
  • Air-secukupnya
  • Minyak-utk mengoreng

Cara-cara:

  1. Potong tempe-ikut citarasa masing-masing.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk kecuali air.
  3. Curahkan sedikit air dan kacau hingga sebati,jangan terlalu cair,batter seperti adunan untuk goreng pisang
  4. Panaskan minyak dan ambil sedikit minyak panas dan masukkan kedalam adunan tepung tadi dan kacau rata.
  5. Celup tempe kedalam tepung dan goreng hingga kekuningan.
  6. Hidangkan dengan sambal kicap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...