Sunday 26 May 2013

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Horlicks
Sumber:HaSue

Bahan2:
  • 2 bungkus popia
  • 1/2 cawan nestum*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/3 cawan horlicks*
  • 2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
  • minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng
Cara:
  1. Pisahkan kulit popia satu persatu
  2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.
  3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
  4. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
  5. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
  6. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
  7. Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 24 May 2013

Biskut Suji


Biskut Suji
Oleh:Norzie hany

Bahan.bahan:
  • 500gm minyak sapi
  • 400gm gula aising-kalau tak suka manis boleh kurangkan.
  • 800-900gm tepung gandum/secukupnya
  • 2 sudu teh baking powder
  • Ceri potong-hiasan
Cara:
  1. Cairkan minyak sapi diatas api perlahan-sejukkan.
  2. Tepung ayak bersama baking powder.
  3. Masukkan gula kedalam minyak sapi dan kacau hingga gula hancur.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga menjadi doh.Kalau adunan masih lembik tambah tepung gandum.
  5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat2 dan hias ceri potong di atasnya.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150c(mengikut kepanasan oven masing2)hingga masak. 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 11 May 2013

Biskut Kelapa




Biskut Kelapa
Sumber:DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 tin (400 GRAM) tepung jagung Brown & Polson*
  • 230 gram tepung gandum*
  • 1 camca teh penuh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 1 1/4 cawan kelapa kering, dikisar halus
  • 2 biji telur gred A
  • 200 gram gula aising
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
  • Mentega secukupnya (anggaran 400 gram, mat guna SCS)
  • Ceri merah, potong kecil untuk hiasan
  • Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus, gaul rata. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan2 serbuk roti.
  2. Dengan kelajuan perlahan juga, sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. 
  3. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat2kan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit...sedikit sahaja, jangan kuat2 nanti leper. Buat hingga siap.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang.  Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi diatas. Kalau tak nak gentel, anda juga boleh canai dan terap seperti biskut biasa. Selain tepung jagung B&P macam mat guna tu, anda boleh juga ganti dengan tepung jagung biasa. Satu lagi, kenapa letak ceri dulu, baru salut dengan kelapa?..Kerana kalau salut dengan kelapa dulu, lepas tu letak ceri, besar kemungkinan ceri akan tertanggal, tak melekat. Ok tu saja... Selamat mencuba!!..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...